Powered By Blogger

Wednesday, January 13, 2010

Pencarian Rabbul Alamin.....

Ketika diajukan pertanyaan kepada kita Siapakah Tuhanmu? Sebagai seorang muslim pastinya akan menjawab : Tuhanku adalah Allah. Jawapan itulah yang dikemukakan dan memang itulah jawapannya, kerana memang tuhan kita adalah Allah SWT dan barangkali hanya berhenti di situ, tanpa menyebutkan ciri atau sifat lainnya. Demikianlah ketika kita di tanya tentang sesorang, Siapakah si fulan ? Jawapan kita pun sekurang-kurangnya kita hanya menyebutkan tentang namanya, mungkin ditambah sekolahnya, daerahnya dan sebagainya.

Bagaimana Allah SWT dikatakan ghaib dan esa, yang sukar dikenali ? Kita boleh kenal melalui perantaraan yang telah diberikan melalui utusan-utusannya dengan mengkaji keseluruhan ilmu dalam agama Islam itu sendiri bukan hanya setakat membicarakan tentang amalan jasad seperti kalimah syahadah, solat, puasa, zakat dan haji saja bahkan kita harus mencari rahsia yang ada pada kelima rukun Islam itu sendiri, kalau kita tahu pada gula adanya manis begitulah sebaliknya ibadah-ibadah yang diperintahkan adalah untuk mengenal Allah SWT , seolah-olah tidak sempurna kalau sekadar tahu saja gula.

Kalau seseorang itu mempunyai identitinya pada cap ibu cari yang tidak sama di antara satu sama lain maka disitu juga menunjukkan ‘keesaan’ individu tersebut. Berfikir pastinya kita terus menerus mendapat maklumat agar berkembang. Itulah hikmah terbesar kenapa Allah SWT adalah ghaib dan Esa agar kita terus mencari ilmu dan berfikir.

Hakikatnya, tiada sejarah tentang ketuhanan, bermulanya adalah kerana ingin tahu tentang tercipta dan mencipta. Tanda dan bukti kejadian adalah petunjuk dan pengesahan, diperkukuhkan tanda-tanda itu melalui kalam tuhan yang penuh hikmah.

Samada manusia mahu terima atau mempercayai ia tidak merugikan sesiapa melainkan anda menunggu saat diyakinkan oleh penciptanya. Sejauh mana akal kita boleh berfikir, namun belum cukup dan mampu memahami soal pencipta mahupun diri yang tercipta. AwalNya yang tiada permulaan dan akhir yang tiada kesudahan.

Ilmu yang diberikan kepada manusia hanya setitik dari lautan saja, jangan mengalah lagi, ilmu tidak akan habis kerana setiap detik Allah itu menunjukkan sifatnya yang terus mencipta. Setiap ciptaan bukan saja-saja melainkan menambahkan ilmu kepada hambanya yang benar-benar berhajat untuk duduk dalam syurga tanpa keindahan melainkan melihat wajahNya nanti.

Sememangnya kita tidak akan jumpa wajah sebenarnya di dunia melainkan yang dilihat adalah sifat, perbuatan dan nama-namaNya setiap ciptaannya.

Apakah matlamat pengesaan sebenar jika bukan matlamatnya mengesakan zat Maha Suci yang tidak disentuh oleh sesuatu pun. Itu sebabnya kita belum dikatakan selamat dari syirik (bersekutu) secara tersembunyi jika tidak memahami kaedah pengesahan Allah SWT.

Manusia boleh saja hidup tanpa bertuhan, namun pastikan ia tidak akan berhajat pada tuhan melainkan berjuang seperti haiwan. Dunia haiwan hanya menerima nasib atas kemampuan dan kuasa diri. Jika kuat maka berjayalah, yang lemah jadilah mangsa, yang kuat juga akhirnya akan lemah dan menjadi mangsa dan menemui ajal. Maka tamatlah riwayatnya dan permasaalahan hidup.

Tapi manusia tetap akan memikirkan soal rohaninya.Mengapa..? Bagaimana ia mengetahui dirinya ada rohani..? Bukankah ia adalah manusia seperti haiwan-haiwan yang berjasad juga seperti makan, minum dan berpasangan serta berkeinginan.

Justeru, dalam Islam mencari tuhan yang tidak Esa adalah dosa besar kerana bersekutu dengan yang lain, tuhan dalam agama Hindu ramai, tuhan bagi agama kristian 3 , tuhan dalam agama Islam adalah Esa. Tetapi masing-masing mempunyai sifat-sifat yang tidak jauh beza iaitu mesti tunduk pada dia (Tuhan), buat baik saja belum cukup syarat untuk masuk syurgaNya.

Persoalan ditimbulkan , kenapa tuhan Maha Kuasa mesti satu ? Kenapa tidak hanya separuh (1/2) saja barulah nampak lebih Super Maha Berkuasa?

Adanya fahaman angka 1/2 sebab adanya 1, kalau tiada 1, maka 1/2 tidak akan ada, ketika itu 1/2 pun 1 juga. Jadi, tuhan yang original 1 sahaja yang jadi banyak itu adalah tuhan ciptaan manusia dan adanya 1 maka ada sepuluh, seratus dan seterusnya Dialah Awal dan Dialah Akhir.Maha Suci Allah !

Jadi, bertepatan juga dalam Islam dikatakan seperti Sabar itu separuh daripada Iman, Cintakan Negara separuh daripada Iman, Kebersihan separuh daripada Iman dan sebagainya, pastinya separuh (1/2) itu untuk membari kata kunci agar kita memahami keesaan Allah SWT.

Firman Allah :

[112: 1-4] Katakanlah : Dialah Allah Yang Maha Esa, Allah adalah tuhan yang bergantung kepadaNya segala sesuatu, Dia tidak beranak dan tiada pula diperanakkan dan tidak ada seorangpun yang setara dengan Dia.

No comments:

Post a Comment