Powered By Blogger

Sunday, May 9, 2010

Doa Nabi Muhammad SAW ketika bertahajuud

Ya Allah ya Tuhanku bagiMu segala puji, Engkaulah pentadbir semua petala langit dan petala bumi dan semua yang ada pada keduanya. Dan bagiMu segala puji Engkaulah yang mempunyai kerajaan langit dan bumi dan semua yang ada pada keduanya Dan bagiMu segala puji Engaulah cahaya langit dan bumi dan semua yang ada padanya Dan bagiMu segala puji Engkaulah yang benar janjiMu pun benar bertemu denganMu pun benar, bicaraMu pun benar syurga juga benar neraka juga benar Nabi Muhammad pun benar dan kiamat juga benar Ya Allah, Ya tuhanku kepadaMu aku berserah denganMu aku beriman kepadaMu aku bertawakal kepadaMu aku kembali kerana menjaga hakMu, kepadaMu aku menerima hukuman maka ampunilah akan dosa-dosaku yang terdahulu dan terkemudian apa yang aku sembunyikan dan dedahkan. Engkaulah yang terdahulu Dan Engkaulah yang terkemudian tiada tuhan melainkan Engkau
Telah sabit dalam Sahih Bukhari dan Muslim juga daripada riwayat Ibnu Abbas r.a bahawasanya Nabi s.a.w apabila bangun di tengah malam beliau bertahajjud kemudian baginda membaca doa ini – dipetik dari al Azkar oleh Imam Nawawi terjemahan oleh Pustaka Nasional Singapura – muka surat 66

No comments:

Post a Comment